USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman, kekal dengan pendiriannya untuk menjadi pemilik Kelantan FC biarpun terpaksa berdepan ahli perniagaan muda, Erfan Akif Ruslan.
Dia yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'.
“Saya tidak berganjak (serius mahu mengambil alih Kelantan FC). Saya tidak akan sesekali menarik diri daripada menjadi pemilik Kelantan FC.
“Apapun bersaing secara sihat dan terserah kepada pemilik Kelantan FC ketika ini untuk memilih siapa yang layak," katanya.
Sebelum ini, DSV memberitahu sudah mengadakan perbincangan dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, di George Town, Pulau Pinang tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.
“Perbincangan pertama dengan Norizam sudah berlangsung pada Sabtu lepas. Harga pula masih dalam rundingan,” tambahnya.
DSV mendedahkan akan melakukan penstrukturan semula terhadap pengurusan pasukan itu menerusi perancangan rapi dan pelan jangka tempoh tertentu.
“Perlu bergerak seiring antara kelab utama dan pasukan di peringkat akar umbi.
“Soal duit, perancangan buat pasukan dan bertemu dengan peminat serta pemain tiada masalah, kita boleh berjumpa,” katanya.
DSV sebelum ini secara rasmi menyatakan hasratnya mahu membeli Kelantan FC dalam usaha menyelamatkan pasukan itu yang dibelenggu kemerosotan prestasi.
Bagaimanapun, dia menerima saingan daripada Erfan yang turut berminat membeli kelab itu walaupun diletakkan harga RM10 juta. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023
Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'. - Gambar fail
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.